Isnin, 28 November 2022

REVIEW DIA MUNTAQIBAH HATIKU BY ELLA SYASDHIA

 Cerita ni mix genre. Ada triller, romance dan kekeluargaan.

Jalan cerita menarik. Kisah tentang Eshaal cuba bangkit semula dari kisah silamnya yang perit. Kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata buat Eshaal hilang arah, nasib ada Hisyam dan keluarga penguat semangat untuk Eshaal teruskan hidup.

Sesak baca masa part rumah berdarah tu😭 Kenapa sanggup buat macam tu pada ammi dan abbu?Sedih dengan kehidupan Naim Hammad, tengah menaip ni pun sebak teringatkan Naim😢 Zarkashi seorang lelaki yang penyayang, caring, suka buat lawak. Zaidan dan Khairunnisa pasangan senget. Cute je dia orang ni.

Olahan penulis santai, tak memeningkan kepala. Banyak iktibar dalam buku ni yang kita boleh ambil. Apa pun kita buat, kena balik pada Allah. Percaya pada qada dan qadar itu penting.

Tahniah pemulis berjaya menghasilkan cerita yang best😍



KUINGIN CINTAMU BY HAIZA NAJWA

Humaira penulis novel yang tak pernah bercinta, ideanya gempak tapi olahannya beku dan kayu, disebabkan itu dia cuba bercinta untuk tulis manuskrip.


Mesti korang kata klise sebab dah terlalu ramai orang buat cerita ala² ni kan? Tapi sebenarnya permulaan cerita klise ni yang membawa ke konflik yang di luar kotak.

Ok sambung balik...

Bercinta-putus bercinta-putus. Tapi boyfriend last Humaira ni penyebab dia lari ke Perlis. Sebab Azril (last bf) tak boleh terima Humaira minta putus.

Dekat perlis, Humaira tinggal di sebuah kampung tapi kampung tu pelik. Dia rasa familiar dengan kampung tu, seolah² dia pernah tinggal dekat sana... Apa yang terjadi?

Bila baca blurb memang tak terfikir langsung jalan cerita dia macam ni.

Apa yang aku suka, cerita ni bukan semata² percintaan Humaira dan Damyral je, tapi terselit jugak kisah tentang mak bapak Humaira.

Lagi bertambah best bila achik Haiza kupas masalah fiqh dalam novel ni.

Love sangat dengan novel² achik😍


⭐⭐⭐⭐⭐/5

REVIEW DIA MUNTAQIBAH HATIKU BY ELLA SYASDHIA

 Cerita ni mix genre. Ada triller, romance dan kekeluargaan. Jalan cerita menarik. Kisah tentang Eshaal cuba bangkit semula dari kisah silam...