Isnin, 28 November 2022

REVIEW DIA MUNTAQIBAH HATIKU BY ELLA SYASDHIA

 Cerita ni mix genre. Ada triller, romance dan kekeluargaan.

Jalan cerita menarik. Kisah tentang Eshaal cuba bangkit semula dari kisah silamnya yang perit. Kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata buat Eshaal hilang arah, nasib ada Hisyam dan keluarga penguat semangat untuk Eshaal teruskan hidup.

Sesak baca masa part rumah berdarah tu๐Ÿ˜ญ Kenapa sanggup buat macam tu pada ammi dan abbu?Sedih dengan kehidupan Naim Hammad, tengah menaip ni pun sebak teringatkan Naim๐Ÿ˜ข Zarkashi seorang lelaki yang penyayang, caring, suka buat lawak. Zaidan dan Khairunnisa pasangan senget. Cute je dia orang ni.

Olahan penulis santai, tak memeningkan kepala. Banyak iktibar dalam buku ni yang kita boleh ambil. Apa pun kita buat, kena balik pada Allah. Percaya pada qada dan qadar itu penting.

Tahniah pemulis berjaya menghasilkan cerita yang best๐Ÿ˜



KUINGIN CINTAMU BY HAIZA NAJWA

Humaira penulis novel yang tak pernah bercinta, ideanya gempak tapi olahannya beku dan kayu, disebabkan itu dia cuba bercinta untuk tulis manuskrip.


Mesti korang kata klise sebab dah terlalu ramai orang buat cerita ala² ni kan? Tapi sebenarnya permulaan cerita klise ni yang membawa ke konflik yang di luar kotak.

Ok sambung balik...

Bercinta-putus bercinta-putus. Tapi boyfriend last Humaira ni penyebab dia lari ke Perlis. Sebab Azril (last bf) tak boleh terima Humaira minta putus.

Dekat perlis, Humaira tinggal di sebuah kampung tapi kampung tu pelik. Dia rasa familiar dengan kampung tu, seolah² dia pernah tinggal dekat sana... Apa yang terjadi?

Bila baca blurb memang tak terfikir langsung jalan cerita dia macam ni.

Apa yang aku suka, cerita ni bukan semata² percintaan Humaira dan Damyral je, tapi terselit jugak kisah tentang mak bapak Humaira.

Lagi bertambah best bila achik Haiza kupas masalah fiqh dalam novel ni.

Love sangat dengan novel² achik๐Ÿ˜


⭐⭐⭐⭐⭐/5

Rabu, 12 Januari 2022

REVIEW 4 PEMBURU HARTA BY SIR ARTHUR CONAN DOYLE

Jilid 2 | Edisi Bahasa Melayu 

'Le mauvais gout mene au crime' (Perasaan dendam boleh mengakibatkan jenayah)

Kes kali ini sangat merumitkan dan aneh. Aku tak boleh nak teka siapa dalang disebalik pembunuhan Bartholomew Sholto? Kenapa setiap kali ada kes pembunuhan, pembunuh akan tinggalkan mesej 'Sumpah Empat Sahabat'. Apa maksudnya?

Pengakhirannya baru aku faham. Mereka sangat setia orangnya. Tabik! 

Kata Sherlock "Apabila kita menggunakan sesuatu benda setiap hari, kita akan meninggalkan kesan perwatakan kita pada objek itu sehinggakan seseorang yang tajam pengamatan akan dapat mengesannya"

Dia buat aku teruja nak tahu bagaimana cara dia analisis sesebuah barang atau watak seseorang. Seperti biasa, aku sangat kagum dengan analisa Sherlock yang terlalu halus. Contoh perbezaan jenis-jenis abu tembakau, mengenali kerjaya seseorang melalui lekuk dan bentuk tangannya, dan mengenali perwatakan seseorang dengan meneliti tulisannya. 

Ketika bekerja Sherlock seorang yang pelik, dia tidak pernah kenal erti penat. Tapi bila dia tak bekerja, hidup dah macam mayat hidup. Kata Sherlock "Minda saya memberontak bila ia tak dicabar, beri saya masalah, beri saya kerja". 

Dia memang  ketagih dengan cabaran yang menguja mentalnya. 

Aku tertanya² dalam jilid 3 siri 1, Dr Watson berkahwin dengan siapa? Rupanya dia suka seseorang dalam buku jilid 2. Suka kisah cinta Dr Watson dan Mary Morstan๐Ÿ˜† 

Buat masa ini kalau baca tak ikut turutan, tak akan pening. Cuma akan tertanya² lebih mendalam apa yang mereka katakan. 

Ketahuilah bahawasanya kenapa cerita ini diceritakan oleh Dr Watson dan bukannya Sherlock kerana tuan penulisnya sendiri seorang doktor. Walaupun begitu aku sangat tabik pada tuan penulis sebab berjaya buat kisah penyiasatan.

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ/5

Ahad, 2 Januari 2022

REVIEW TEFAL BY CIK BAWANG

Cerita ni sesuai untuk realese tension. Memang berdekah-dekah la baca buku ni. Aku suka watak Tefal, paling lawak part Tefal dengan Mimi 'ber-papa mama'๐Ÿคฃ Bukan je Orked yang muntah, dengan aku² sekali  nak termuntah.

Actually tak geli pun, sebab dia lebih kepada lawak sampai hilang suara sebab gelak. Part Orked hampir kena **** memang mencarut juga la.

Aku tak tahu kenapa mak si Orked tu, hanya di sebabkan tak nak anak hidup susah, sanggup suruh kahwin dengan lelaki tua. Heh!

Olahan yang menarik, simple dan best๐Ÿ˜




๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ/5

REVIEW UNCLE BOSS MAMA BY NURUL SYAHIDA

Ceritanya biasa tapi jadi luar biasa kerana Kak Syai hebat dalam mencipta watak-watak yang menarik. Olahannya buat kita makin nak selak kertas dan tak boleh berhenti. Adoii, aku suka gila dengan anak-anak Fish๐Ÿ˜‚

Shaila atau Lala yang tersampuk roh ninja, Nana perasan diri cantik, suka bergaduh dengan Lala. Faiq budak cengeng, selalu kena buli dengan Lala. Aril, remaja OKU yang suka simpan makanan dekat kerusi roda dia. Astagaa!!! Kecoh family ni.

Watak Fish dan Joshua sendiri pun hebat. Tak kering gusi gelak๐Ÿ˜† Tapi ending dia sesak jantung๐Ÿ˜ข

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ/5

P/S Buat masa ini baru kumpul 3 buku Kak Syai๐Ÿฅฐ

REVIEW JENTAYU MENANTI HUJAN BY ELLA SYASDHIA

Buku ni sesuai untuk semua generasi. Banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat dalam novel ini. Olahan penulis yang sedap dibaca, ringkas dan padat. 

Penulis kupas masalah fiqh yang rare dalam novel ni. Sedih baca kisah Ayaan yang kena hina atas kesilapan datuknya. Lagi bertambah sedih kes pembulian๐Ÿ˜ข

Aku suka ayat² yang Ayaan beri pada Niya melalui origami. Tersipu-sipu baca ayat tu, terasa seperti Ayaan beri ayat tu pada aku๐Ÿ˜ Salah satu ayatnya...

Jika rindu laksana perahu

Nescaya karam ditabrak keghairahan ombak

Seperti rinduku tak dibalasmu

Karamlah aku dalam lautan nestapa.

Aushhh meresap ke sanubarilah ayatnya๐Ÿ˜ Dan aku sangat² suka ayat sebelum tamat.

Sayangku Haniya, hawa cerminan bidadari. Tertewas sang mufassir dalam menterjemahkan pesonamu, apatah lagi kalbu arjuna yang tertawan. Sangkaku cuma layak memuja, tapi potret takdir melakar sebaliknya. Terima kasih, kerana menjadi pelangi sesudah badai. 

Kekasihku Ayaan, sosok pahlawan dipahat sempurna. Akulah si majnun yang mencintai kerana jiwa luhurmu. Kagum akan kelopak keperibadianmu. Andai kau pinta coretkan syair kalbuku, nescaya penanya habis. Untuk setiap bisikan syahdu cinta ini,  kubalas setia nan teguh. 

Sabar itu nikmat sewaktu ujian mendatangimu. Lukiskan senyum sambil menanti awan mendung itu berarak pergi.

Ayat yang banyak kali baca masih tidak bosan. Jantuh cinta berkali² dengan olahan si penulis♥♥♥

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ/5

REVIEW THE ADVENTURE OF SHERLOCK HOLMES BY SIR ARTHUR CONAN DOYLE | JILID 3

Sherlock Holmes : Skandal Di Bohemia, Liga Kepala Merah & Misteri Identiti By Arthur Conan Doyle

Siri 1 | Edisi Bahasa Melayu

Asalnya ada 12 cerpen dalam jilid The Adventure Of Sherlock Holmes tapi penerbit asingkan dan buat 3 cerita dalan 1 buku. Rasa tak berbaloi kalau beli asing² ni, tapi dah terlanjur beli tu kita teruskan jer la๐Ÿ™Š

Aku suka baca buku Sherlock sebab bahasa dia tinggi². Ada bahasa melayu yang aku tak pernah dengar pun. Terima kasih pada penterjemah.

SKANDAL DI BOHEMIA :

Okey cerita pertama ni serius lawak sangat² sebab Sherlock jadi bidan terjun untuk Irene Adler (saksi nikah) masa dia tengah menyiasat kes Irene๐Ÿคฃ

Bagi Sherlock, Irene Adler merupakan wanita paling sempurna di matanya. Selalu sangat dia memuji orang tu. Tapi bukanlah menyimpan perasaan cinta cuma dia adore dengan Irene. Selama ni Sherlock pandang rendah pada perempuan, tapi lepas Irene berjaya perdayakan dia, Sherlock ketawa kagum๐Ÿ˜‚ Bagi dia, Irene perempuan yang bijak.

LIGA KEPALA MERAH :

Kata Sherlock "Semakin aneh sesuatu kes itu, semakin kurang misterinya"

Bermula dari sekecil² kes sehinggalah sebesar² kes. Disebabkan kes kecil ni Sherlock boleh tangkap orang yang dia kehendaki.

Untuk kes kali ini aku boleh ramal terlebih dahulu sebelum Sherlock terangkan. Tapi masih ada yang tak disangka dengan taakulannya yang sangat teliti. Aku setuju dengan kata² Dr Watson "Aku tahu aku agak bijak berbanding kebanyakan orang lain, tetapi aku berasa begitu bodoh kalau ia berhubung dengan Sherlock Holmes"

MISTERI IDENTITI :

Untuk kali ini pun aku boleh ramal siapa misteri identiti cuma tak tahu apa motifnya. Tergamak si sekongkol tu buat macam tu pada Cik Mary Setherland.


๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ/5

P/S Untuk pengetahuan, aku tahu kisah Sherlock dari Detektif Conan๐Ÿ˜น

Selasa, 21 Disember 2021

REVIEW SHERLOCK HOLMES : PENYIASATAN BENANG BERDARAH BY SIR ARTHUR CONAN DOYLE

 JILID 1 | EDISI BAHASA MELAYU

Pertama kali baca buku yang diterjemahkan menyebabkan pembacaan jadi slow. Tapi lama kelamaan syok pulak baca lepas watak Sherlock muncul sampai tak lepas-lepas buku dari genggaman. Awalnya annoying dengan watak Sherlock tapi lepas dah faham perwatakan dia, dah boleh masuk dengan perangainya.

Sherlock seorang lelaki pendiam seperti yang digambarkan dalam movie ENOLA HOLMES tapi rupa parasnya bukanlah seperti itu. Dia lelaki kurus dan ketinggiannya yang lebih enam kaki. Kecekapannya dalam membuat kerja buat aku kagum.

Dia beritahu detail macam mana dia taakul satu-satu klu untuk kes BENANG BERDARAH. Tapi bukan semua la๐Ÿ˜† Bak kata Sherlock "Jika ahli silap mata mendedahkan semua rahsia tipu helahnya, dia tidaklah handal dimata penonton. Sama seperti seorang penyiasat, kalau dia mendedahkan semua caranya menyiasat maka tentu orang akan anggap dia tu individu biasa."

Walaupun dia seorang penyiasat yang hebat, dia bukanlah tahu semua benda seperti sastera, falsafah dan politik. Kata Sherlock "otak kita umpama sebuah biik kosong, bagi melengkapi bilik itu kita perlu memilih perabot yang sesuai sahaja. Orang dungu sahaja yang mengisi biliknya dengan barang yang tidak berguna. Begitulah juga dengan otak kita. Kita perlu mempelajari dan menghafal pengetahuan yang diperlukan sahaja bagi melaksanakan tugas kita."

Lebih mengagumkan aku, dia tak perlu keluar siasat jika ada penyiasat yang meminta khidmat perunding bila dia orang menemui jalan buntu dalam sesebuah kes. Hanya dengan si client membentangkan kesemua bahan bukti, dia boleh selesaikan kes itu. 

Kes yang Sherlock kena siasat kali ini, mangsa mati tanpa ada luka pada tubuh dan tiada kesan pergelutan tapi ada darah berlinang. Rupanya ada kisah lama yang tersimpan.


 

BINTANG

5/5

Isnin, 20 Disember 2021

SENARAI SIRI SHERLOCK HOLMES BY SIR ARTHUR CONAN DOYLE | EDISI BAHASA MELAYU

Assalamualaikum dan hai, ini posting pertama Qai di blog. Salam perkenalan semua.

Ini Qai senaraikan tajuk-tajuk ikut turutan terbit. Saja nak kongsi pada sesiapa yang baru nak ikuti kisah Sherlock๐Ÿ˜

Untuk pengetahuan korang, kompilasi The Adventure Of Sherlock Holmes, The Memoirs Of Sherlock Holmes, The Hound Of The Baskervilles, The Return Of Sherlock Holmes dan The Case Book tu asalnya ada 8 ke 13 cerpen dalam setiap tajuk. 

Tapi Penerbit X asingkan 12 cerpen kepada 3 ke 4 cerpen dalam satu buku. Yang siri tu maksudnya buku yang dah diasingkan. Jadi kita boleh pilih nak beli kompilasi yang nipis atau kompilasi yang tebal. Sama saja isinya. Jilid 6,7 dan 9 penerbit tak terbitkan dalam kompilasi tebal, cuma ada yang nipis sahaja. Berbaloi beli kompilasi tebal berbanding siri.

JILID 1 | PENYIASATAN BENANG BERDARAH | NOVEL

JILID 2 | 4 PEMBURU HARTA | NOVEL

JILID 3 | THE ADVENTURE OF SHERLOCK HOLMES | KOMPILASI | 12 CERPEN

Jilid 3 | Siri 1
1. Skandal Di Bohemia
2. Liga Kepala Merah
3. Misteri Identiti 

Jilid 3 | Siri 2
1. Misteri Lembah Boscombe
2. Lima Butir Biji Oren
3. Lelaki Bermulut Herot

Jilid 3 | Siri 3
1. Misteri Delima Biru
2. Misteri Pita Berbintik
3. Misteri Ibu Jari Jurutera

Jilid 3 | Siri 4
1. Pilu Seorang Bangsawan
2. Misteri Mahkota Permata Beril
3. Misteri Di Copper Beeches

JILID 4 | THE MEMOIRS OF SHERLOCK HOLMES | KOMPILASI | 11 CERPEN

Jilid 4 | Siri 1
1. Silver Blaze
2. Wajah Kuning
3. Kerani Broker SAHAM
4. Gloria Scott

Jilid 4 | Siri 2
1. Ritual Keluarga Musgrave
2. Teka-teki Reigate
3. Lelaki Berbadan Bongkok
4. Pesakit Jalan Brook

Jilid 4 | Siri 3
1. Juru Bahasa Yunani
2. Perjanjian Perkapalan
3. Masalah Terakhir

JILID 5 | THE HOUND OF THE BASKERVILLES | NOVEL

JILID 6 | THE RETURN OF SHERLOCK HOLMES | KOMPILASI | 13 CERPEN
(TIADA BUKU CETAK EDISI BAHASA MELAYU KELUARAN PENERBITAN X)
Jilid 6 | Siri 1
1. Perangkap rumah kosong
2. Jurubina Norwood
3. Rahsia orang menari

Jilid 6 | Siri 2
1. Penunggang basikal solo
2. Misteri kehilangan di Sekolah Priory
3. Misteri kematian Black Peter

Jilid 6 | Siri 3
1. Si jahat Augustus Milverton
2. Misteri Enam Napoleon
3. Tiga pelajar yang disyaki
4. Misteri kaca mata keemasan

Jilid 6 | Siri 4
1. Misteri kehilangan permain ragbi
2. Pembunuhan di Abbey Gerange
3. Misteri Tompokan kedua

JILID 7 | HIS LAST BOW | 8 CERPEN 
(TIADA BUKU CETAK EDISI BAHASA MELAYU KELUARAN PENERBITAN X)
Jilid 7 | Siri 1
1. Pelan Bruce Partington
2. Misteri Kaki Syaitan
3. Misteri Kehilangan Lady Frances Carfax & 
4. Penghormatan Terakhir: Tugasan Perang Sherlock Holmes

Jilid 7 | Siri 2
1. Pembunuhan di Wisteria Lodge
2. Misteri Kotak Kadbod
3. Misteri Kumpulan Lingkaran Merah
4. Kisah Detektif yang Nazak

JILID 8 | THE VALLEY OF FEAR | NOVEL

JILID 9 | THE CASE BOOK | KOMPILASI | 8 CERPEN 
(TIADA BUKU CETAK EDISI BAHASA MELAYU KELUARAN PENERBITAN X)
Jilid 9 | Siri 1
1. Misteri klien yang masyhur
2. Misteri prajurit berwajah pucat
3. Misteri batu mazarin
4. Misteri di rumah the three gables

Jilid 9 | Siri 2
1. Misteri surai singa
2. Misteri penyewa berkerudung
3. Misteri shoscombe old place
4. Misteri pesara kilang cat

Tiba-tiba tahun ini jadi peminat setia siri Sherlock Holmes pula๐Ÿคฃ Gigih research dan senaraikan tajuk-tajuk. Kalau masih tak faham, boleh google. Qai pun cari kat wikipedia je๐Ÿ˜ Selamat meneroka kisah SHERLOCK HOLMES.

YANG BENAR
Qaira Ermisya
20 DISEMBER 2021 | ISNIN

REVIEW DIA MUNTAQIBAH HATIKU BY ELLA SYASDHIA

 Cerita ni mix genre. Ada triller, romance dan kekeluargaan. Jalan cerita menarik. Kisah tentang Eshaal cuba bangkit semula dari kisah silam...