Buku ni sesuai untuk semua generasi. Banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat dalam novel ini. Olahan penulis yang sedap dibaca, ringkas dan padat.
Penulis kupas masalah fiqh yang rare dalam novel ni. Sedih baca kisah Ayaan yang kena hina atas kesilapan datuknya. Lagi bertambah sedih kes pembulian๐ข
Aku suka ayat² yang Ayaan beri pada Niya melalui origami. Tersipu-sipu baca ayat tu, terasa seperti Ayaan beri ayat tu pada aku๐ Salah satu ayatnya...
Jika rindu laksana perahu
Nescaya karam ditabrak keghairahan ombak
Seperti rinduku tak dibalasmu
Karamlah aku dalam lautan nestapa.
Aushhh meresap ke sanubarilah ayatnya๐ Dan aku sangat² suka ayat sebelum tamat.
Sayangku Haniya, hawa cerminan bidadari. Tertewas sang mufassir dalam menterjemahkan pesonamu, apatah lagi kalbu arjuna yang tertawan. Sangkaku cuma layak memuja, tapi potret takdir melakar sebaliknya. Terima kasih, kerana menjadi pelangi sesudah badai.
Kekasihku Ayaan, sosok pahlawan dipahat sempurna. Akulah si majnun yang mencintai kerana jiwa luhurmu. Kagum akan kelopak keperibadianmu. Andai kau pinta coretkan syair kalbuku, nescaya penanya habis. Untuk setiap bisikan syahdu cinta ini, kubalas setia nan teguh.
Sabar itu nikmat sewaktu ujian mendatangimu. Lukiskan senyum sambil menanti awan mendung itu berarak pergi.
Ayat yang banyak kali baca masih tidak bosan. Jantuh cinta berkali² dengan olahan si penulis♥♥♥
๐๐๐๐๐/5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan