Selasa, 21 Disember 2021

REVIEW SHERLOCK HOLMES : PENYIASATAN BENANG BERDARAH BY SIR ARTHUR CONAN DOYLE

 JILID 1 | EDISI BAHASA MELAYU

Pertama kali baca buku yang diterjemahkan menyebabkan pembacaan jadi slow. Tapi lama kelamaan syok pulak baca lepas watak Sherlock muncul sampai tak lepas-lepas buku dari genggaman. Awalnya annoying dengan watak Sherlock tapi lepas dah faham perwatakan dia, dah boleh masuk dengan perangainya.

Sherlock seorang lelaki pendiam seperti yang digambarkan dalam movie ENOLA HOLMES tapi rupa parasnya bukanlah seperti itu. Dia lelaki kurus dan ketinggiannya yang lebih enam kaki. Kecekapannya dalam membuat kerja buat aku kagum.

Dia beritahu detail macam mana dia taakul satu-satu klu untuk kes BENANG BERDARAH. Tapi bukan semua la😆 Bak kata Sherlock "Jika ahli silap mata mendedahkan semua rahsia tipu helahnya, dia tidaklah handal dimata penonton. Sama seperti seorang penyiasat, kalau dia mendedahkan semua caranya menyiasat maka tentu orang akan anggap dia tu individu biasa."

Walaupun dia seorang penyiasat yang hebat, dia bukanlah tahu semua benda seperti sastera, falsafah dan politik. Kata Sherlock "otak kita umpama sebuah biik kosong, bagi melengkapi bilik itu kita perlu memilih perabot yang sesuai sahaja. Orang dungu sahaja yang mengisi biliknya dengan barang yang tidak berguna. Begitulah juga dengan otak kita. Kita perlu mempelajari dan menghafal pengetahuan yang diperlukan sahaja bagi melaksanakan tugas kita."

Lebih mengagumkan aku, dia tak perlu keluar siasat jika ada penyiasat yang meminta khidmat perunding bila dia orang menemui jalan buntu dalam sesebuah kes. Hanya dengan si client membentangkan kesemua bahan bukti, dia boleh selesaikan kes itu. 

Kes yang Sherlock kena siasat kali ini, mangsa mati tanpa ada luka pada tubuh dan tiada kesan pergelutan tapi ada darah berlinang. Rupanya ada kisah lama yang tersimpan.


 

BINTANG

5/5

Tiada ulasan:

REVIEW DIA MUNTAQIBAH HATIKU BY ELLA SYASDHIA

 Cerita ni mix genre. Ada triller, romance dan kekeluargaan. Jalan cerita menarik. Kisah tentang Eshaal cuba bangkit semula dari kisah silam...